Asar

0 Yang Nak Menang

"Allahuakbar!" 
gua terus bersimpuh duduk tahiyat akhir.

Terdengar 2-3 suara makmum yang berlainan nada menyebut "Subhanallah!"


Gua teruskan bacaan tahiyat akhir.


"Subhanallah!" nadanya makin kuat dan ditekan keras. 



Gua keliru.


Suara yang keras tadi memang sangat dikenali. Pengetua sekolah yang baru gua kenali seminggu.


Gua terfikir, kenapa dah ada makmum berzikir sedangkan solat belum habis lagi. Gua buat kering. Mungkin ada makmum yang masbuk baru nak solat. 


Gua tenang. Gua teruskan bacaan tahiyat akhir sehingga habis.


Gua toleh kanan 

"Assalamualaikum warahmatullah!" 

Gua toleh kiri 

"Assalamualaikum warahmatullah"!

Sebelum gua mula memimpin jemaah untuk bacaan Al Maksurat, gua pusing menghadap jemaah dan betul - betul menghadap pengetua gua tadi dan pengetua tadi pun senyum kat gua.


Gua balas senyuman beliau. Dalam hati gua telah berbunga - bunga unsur riyak dan takbur kerana berjaya memimpin jemaah solat Asar. Gua syak senyuman beliau memang untuk memuji ketokohan gua. 


Baru gua nak memulakan bacaan Al Maksurat, pengetua merapatkan badan pada gua, "Alhamdulillah.. Solat Asar harini jadi 3 rakaat"


Gua tergamam!


"Ye ke?" soal gua kepada pengetua


Pengetua jawab, "Sebab tu ada jemaah sebut Subhanallah tadi"


"Laaaaaaaaaaaaa" gua mengeluh.


Mulai hari itu, gua tau Subhanallah itu teguran untuk imam. Dan mulai haritu, gua pastikan jangan terlampau taksub nak main petang sebelum solat Asar. Disebabkan nak main petang selepas solat, gua hilang khusyuk sampai tertinggal satu rakaat.



******************************************************


Sampai kat dorm, kawan - kawan yang tengah bersiap - siap nak main petang merapati gua seraya berkata,

"Beb, aku harap hang jadi imam Solat Asar sepanjang tahun ni ye"

Spontan aku menjawab, "Babi lah ko! Perli la tu"




** Kenangan Minggu Orientasi Sekolah Agama (nama sekolah dirahsiakan) - Januari 1996

Sumpah

0 Yang Nak Menang

Sumpah beb!
Sumpah!

Memang gua tak teringat langsung pasal blog ni lepas gua tukar kerja haritu. Yang sebenarnya gua salah login password, tu punca utamanya.

Sekarang gua dah ingat dan akan terus mengingati blog ni. Lu orang semua tunggu. Gua tengah cari idea baru.

Sorry ye beb.

p/s : gua nak melancong ke Phuket hujung bulan ni.

Ibu

1 Yang Nak Menang

Mak gua SMS petang tadi dengan ayat :
"Assalamualaikum. Bila balik kampung? Dah sebulan kamu tak balik. Mak tunggu jugak kalau ada berita best dari kamu. Lama dah tak dengar suara baby menangis kat rumah ni"

Gua tak reply. Gua tadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku"

Terus gua sambung baca buku MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS : KAITANNYA DENGAN PENYAKIT DAN PENGUBATAN tulisan TUAN GURU DR HARON DIN

Dapat tangkap tak?

Negatif

0 Yang Nak Menang

Semalam member gua telefon. Dari suara dia bagi salam tu, gua dapat agak yang dia ada masalah. Gua teka ni mesti dah clash dengan awek pramugari dia tu. Tak pun masalah kat ofis dia.

Gua sebagai Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah pada tahun 1999 - 2000 takkan membiarkan masalah rakan sebaya gua ni membelenggu dia. Gua kena jadi pendengar yang setia!

"Kenapa Don?", jolok gua

"Gua ada masalah sikit", jawabnya pendek

"Dengar suara lu bagi salam tadi gua dah tau", gua guna ayat biasa bomoh dalam TV...

...Gua sambung, "apa masalahnya?"

"Gua dah berhenti kerja", balasnya sayu

Gua ni dah paham sangat dengan kawan gua ni. Bertukar kerja macam bertukar baju. Selalu sangat. Mana taknya, panas baran kawan gua ni sukar nak dibendung. Asyik gaduh dengan bos dia je.

Gua dah malas nak jadi pendengar setia kalau bab ni.

"Tu la lu. Cuba la kawal sikit panas baran lu tu. Jangan asyik nak lawan bos je. Kita ni pekerja. Pekerja kena la ikut kehendak bos kalau tak langgar hak. Lu ni bila nak stabil keje ni beb? Gua nak kita sama - sama berjaya. Lu kena belajar sabar. Sabar itu separuh dari Iman" bebel gua

Gua sedut nafas panjang setelah membebel tadi dalam satu nafas je.

Gua sambung,"Gua boleh bagi lu pinjam duit. Tapi sampai bila lu nak jadi macamni? Gua pun ada mulut nak disuap. Gua pun ada simpanan sikit je"

Tiba - tiba gua terdengar suara halus kawan gua mengeluh dari hujung talian, "Haduuuuuhhhh"

Mungkin dah tak sanggup kena bebel dengan gua.

Kawan gua balas,"Hei monyet! Gua nak bagitau gua dah berhenti kerja sebab gua dah dapat kerja kat ofis lu la"

Dalam hati gua,"Oh shit! Gua terkena"

Terus gua buat - buat line Celcom tak clear. Alah, buat suara yang putus - putus tu. Menjadi beb. Gua terus tekan butang merah kat telefon.

Neelofa

0 Yang Nak Menang

Disebuah restoran mamak 24 jam :

"Aneyy.. Air kosong satu" gua mengarah

Lalu gua terus berbual kosong dengan teman - teman gua. Dari cerita Hafiz AF menang Juara Lagu, masuk pula cerita kren terjatuh di sebelah Citi Bank, singgah sekejap ke cerita kemalangan di AKLEH, belok ke cerita tahyul, sentuh ke cerita sakit jangkitan kuman air kencing tikus, jeling ke cerita Neelofa....

Bab Neelofa ni bukan jeling sebenarnya, bab ni jadi forum. Seorang teman yang lahir di Jeli, Kelantan cukup bangga dengan makhluk Allah bernama Neelofa ni. Mentang - mentangla cantik, orang Kelantan pula tu. Gua ulang, teman gua tu LAHIR di Jeli, bukan membesar. Menurut cerita teman gua tu pada sesi borak - borak sebelum ini, selepas umur 6 bulan, mak dan bapa dia berpindah dan bermastautin terus di Cheras sehingga ke tarikh 10 Februari 2011.

Apa tandanya tu? Apa makna semua tu? Maknanya, teman gua hanya lahir di Kelantan dan nombor tengah di kad pengenalannya adalah kod negeri Kelantan. Itu sahaja Kelantan yang tinggal pada dia. Yang lainnya semua dah Cheras.

Tapi bila bab Kelantan menang bola dan Neelofa orang Kelantan, itu memang dia mengaku habis dia orang Kelantan. Seolah - olah Kelantan dengan Cheras adalah daerah bersebelahan.

Bila masuk bab nak balik raya ke Kelantan jalan jem teruk, dia sikit pun tak campur. Mana taknya, raya pun di Cheras.

Masuk bab Neelofa tadi balik.
Seorang lagi teman gua yang sangat fanatik dengan Kejor Yop Kejornya bersuara, "Weh.. Neelofa tu jadi Duta Avon kan?"

Kami semua terdiam tiba - tiba.
Hati kecil gua berkata, "Mak datuk, muka dah iras - iras Idi Amin, cd lagu dalam kereta semuanya metal, tapi bab Neelofa ni jadi duta Avon pun dia tau"

"Ha'ah", teman gua yang Kelantan tadi menyambung pendek.

"Tapi kan, gua peliklah", sambut Yop tadi.

Gua masuk, "Apa yang lu peliknya?"

"Ermmmm...", Yop terhenti

Kami semua menanti penuh sabar...

Kerana kesabaran gua dah menipis, gua sergah, "Lu pelik kenapa? Terhegeh - hegeh la nak cakap"

Yop renung gua. Tajam. Kalau tak kerana teman lama, pasti hari itu juga nombor telefon gua dah didelete oleh Yop sebagai tanda putusnya persahabatan kami.

Yop sambung,"Gua pelik. Dari gua sekolah rendah lagi mak gua dah pakai Avon, takde pulak muka mak gua macam Neelofa. Mana la tau mak gua boleh jadi duta Avon ke, tak jugak"

Yop berhenti disitu tanpa memberikan reaksi muka. Gua dah mula buat - buat balas SMS di telefon. Teman Kelantan gua masih tergamam. Mungkin dia cuba menyelami maksud Yop dengan lebih mendalam.

Dan gua pun mula bersuara, "Beb, gua nak gerak dulu. Ada hal sekejap"

Gua jerit kat mamak yang gua minta air kosong tadi, "Aneyy, air kosong tadi lu bawa minggu depan okay?"

Gua bangun, bayar dan blah.
Gua benci dengan Neelofa.
Gua benci dengan Avon.

Kelewatan Bukan Penamat Kerjaya

0 Yang Nak Menang

Harini sampai lewat lagi. Untuk kali yang ke 10 dalam bulan ini. Boleh imagine? Baru 9 haribulan gua dah 10 hari lewat.

Dapat tangkap tak maksud gua? Maksudnya cuti ke tak cuti gua tetap kena kerja. Tahu ke lagi 1 tu mana datangnya? Lagi 1 tu gua lewat masuk pejabat lepas solat Jumaat minggu lepas. Ini bukan lewat biasa - biasa je. Ini memang luar biasa. Empat tahun gua sembahyang Jumaat di masjid yang sama, tapi Jumaat lepas adalah kali pertama gua buat perangai ni.

Elok lepas sembayang Jumaat, gua pun santai kejap dalam masjid. Belek - belek telefon bimbit. Jeling - jeling mat saleh dan minah saleh yang datang melawat masjid, jenguk - jenguk kubah dan....

Tiba - tiba, blackout. Tengah - tengah blackout tu gua rasa pipi gua disentuh oleh sebelah tangan yang lembut dan basah. Gua dah sangka malaikat datang nak ambik catatan amalan gua. Tapi sangkaan gua meleset bila tangan tadi mula menampar pipi gua.

Sambil menampar pemilik tangan tadi bersuara,"Encik, kita dah nak solat Asar ni. Marilah jemaah sekali"

Damn! Gua dengan muka toyanya bangun dan bersandar. Mamai masih lagi mengiringi.

Damn! Damn! Gua tengok telefon bimbit : 17 missed call + 6 unread message + 4 notification Facebook + 6 mentioned Twitter.

Damn! Damn! Damn! Mampos gua! Salah satu SMS dari penyelia gua.
Ayatnya,"Kau kat mana? Report ni tinggal data dari kau untuk diisi, pukul 5 nak kena ada atas meja bos. Reply balik. URGENT!!! Tolong jawab kalau nombor pejabat call!"

Gua tenang. Gua tanpa sekelumit pun rasa bersalah membalas mesej tersebut :

Bos, saya kt hospital ni. Hantar bilal masjid ********** ni pegi hospital. Dia pengsan lepas solat Jumaat tadi. Masih tunggu family dia datang ni. Sorry lupa bagitau tadi.


Gua terus off telefon bimbit. Bye!

Cerita Tak Nak Kalah

0 Yang Nak Menang

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, blog Cerita Tak Nak Kalah dirasmikan.