Asar


"Allahuakbar!" 
gua terus bersimpuh duduk tahiyat akhir.

Terdengar 2-3 suara makmum yang berlainan nada menyebut "Subhanallah!"


Gua teruskan bacaan tahiyat akhir.


"Subhanallah!" nadanya makin kuat dan ditekan keras. 



Gua keliru.


Suara yang keras tadi memang sangat dikenali. Pengetua sekolah yang baru gua kenali seminggu.


Gua terfikir, kenapa dah ada makmum berzikir sedangkan solat belum habis lagi. Gua buat kering. Mungkin ada makmum yang masbuk baru nak solat. 


Gua tenang. Gua teruskan bacaan tahiyat akhir sehingga habis.


Gua toleh kanan 

"Assalamualaikum warahmatullah!" 

Gua toleh kiri 

"Assalamualaikum warahmatullah"!

Sebelum gua mula memimpin jemaah untuk bacaan Al Maksurat, gua pusing menghadap jemaah dan betul - betul menghadap pengetua gua tadi dan pengetua tadi pun senyum kat gua.


Gua balas senyuman beliau. Dalam hati gua telah berbunga - bunga unsur riyak dan takbur kerana berjaya memimpin jemaah solat Asar. Gua syak senyuman beliau memang untuk memuji ketokohan gua. 


Baru gua nak memulakan bacaan Al Maksurat, pengetua merapatkan badan pada gua, "Alhamdulillah.. Solat Asar harini jadi 3 rakaat"


Gua tergamam!


"Ye ke?" soal gua kepada pengetua


Pengetua jawab, "Sebab tu ada jemaah sebut Subhanallah tadi"


"Laaaaaaaaaaaaa" gua mengeluh.


Mulai hari itu, gua tau Subhanallah itu teguran untuk imam. Dan mulai haritu, gua pastikan jangan terlampau taksub nak main petang sebelum solat Asar. Disebabkan nak main petang selepas solat, gua hilang khusyuk sampai tertinggal satu rakaat.



******************************************************


Sampai kat dorm, kawan - kawan yang tengah bersiap - siap nak main petang merapati gua seraya berkata,

"Beb, aku harap hang jadi imam Solat Asar sepanjang tahun ni ye"

Spontan aku menjawab, "Babi lah ko! Perli la tu"




** Kenangan Minggu Orientasi Sekolah Agama (nama sekolah dirahsiakan) - Januari 1996

0 Yang Nak Menang: