Neelofa


Disebuah restoran mamak 24 jam :

"Aneyy.. Air kosong satu" gua mengarah

Lalu gua terus berbual kosong dengan teman - teman gua. Dari cerita Hafiz AF menang Juara Lagu, masuk pula cerita kren terjatuh di sebelah Citi Bank, singgah sekejap ke cerita kemalangan di AKLEH, belok ke cerita tahyul, sentuh ke cerita sakit jangkitan kuman air kencing tikus, jeling ke cerita Neelofa....

Bab Neelofa ni bukan jeling sebenarnya, bab ni jadi forum. Seorang teman yang lahir di Jeli, Kelantan cukup bangga dengan makhluk Allah bernama Neelofa ni. Mentang - mentangla cantik, orang Kelantan pula tu. Gua ulang, teman gua tu LAHIR di Jeli, bukan membesar. Menurut cerita teman gua tu pada sesi borak - borak sebelum ini, selepas umur 6 bulan, mak dan bapa dia berpindah dan bermastautin terus di Cheras sehingga ke tarikh 10 Februari 2011.

Apa tandanya tu? Apa makna semua tu? Maknanya, teman gua hanya lahir di Kelantan dan nombor tengah di kad pengenalannya adalah kod negeri Kelantan. Itu sahaja Kelantan yang tinggal pada dia. Yang lainnya semua dah Cheras.

Tapi bila bab Kelantan menang bola dan Neelofa orang Kelantan, itu memang dia mengaku habis dia orang Kelantan. Seolah - olah Kelantan dengan Cheras adalah daerah bersebelahan.

Bila masuk bab nak balik raya ke Kelantan jalan jem teruk, dia sikit pun tak campur. Mana taknya, raya pun di Cheras.

Masuk bab Neelofa tadi balik.
Seorang lagi teman gua yang sangat fanatik dengan Kejor Yop Kejornya bersuara, "Weh.. Neelofa tu jadi Duta Avon kan?"

Kami semua terdiam tiba - tiba.
Hati kecil gua berkata, "Mak datuk, muka dah iras - iras Idi Amin, cd lagu dalam kereta semuanya metal, tapi bab Neelofa ni jadi duta Avon pun dia tau"

"Ha'ah", teman gua yang Kelantan tadi menyambung pendek.

"Tapi kan, gua peliklah", sambut Yop tadi.

Gua masuk, "Apa yang lu peliknya?"

"Ermmmm...", Yop terhenti

Kami semua menanti penuh sabar...

Kerana kesabaran gua dah menipis, gua sergah, "Lu pelik kenapa? Terhegeh - hegeh la nak cakap"

Yop renung gua. Tajam. Kalau tak kerana teman lama, pasti hari itu juga nombor telefon gua dah didelete oleh Yop sebagai tanda putusnya persahabatan kami.

Yop sambung,"Gua pelik. Dari gua sekolah rendah lagi mak gua dah pakai Avon, takde pulak muka mak gua macam Neelofa. Mana la tau mak gua boleh jadi duta Avon ke, tak jugak"

Yop berhenti disitu tanpa memberikan reaksi muka. Gua dah mula buat - buat balas SMS di telefon. Teman Kelantan gua masih tergamam. Mungkin dia cuba menyelami maksud Yop dengan lebih mendalam.

Dan gua pun mula bersuara, "Beb, gua nak gerak dulu. Ada hal sekejap"

Gua jerit kat mamak yang gua minta air kosong tadi, "Aneyy, air kosong tadi lu bawa minggu depan okay?"

Gua bangun, bayar dan blah.
Gua benci dengan Neelofa.
Gua benci dengan Avon.

0 Yang Nak Menang: